Tuesday 26 April 2011

Pasukan Bahas Johor Bakal Ke Sarawak

26 April 2011- Pertandingan Bahas Guru sempena perayaan Hari Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kebangsaan 2011 (Separuh Akhir) menemukan pasukan perbahasan dari Johor dan Sarawak bagi kategori Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
Usul Perbahasan Guru Ala Parlimen:
Bahasa Malaysia : Kepimpinan Pendidikan Teras Transformasi Pendidikan Negara
Bahasa Inggeris : Education Is The Main Catalyst For Nation Building

Bagi kedua-dua kategori, pasukan dari negeri Johor berperanan sebagai barisan pembangkang manakala pasukan dari Sarawak merupakan barisan kerajaan. Melalui keputusan yang dibacakan oleh Yang Dipertua Dewan, usul perbahasan bagi kategori Bahasa Malaysia adalah diterima manakala usul perbahasan bagi kategori Bahasa Inggeris ditolak. Ini bermakna, pasukan perbahasan kategori Bahasa Inggeris akan ke Sarawak bagi bertanding di peringkat akhir pada 15 Mei 2011 ini. Syabas dan selamat berjuang. Pembahas terbaik bagi kategori BM ialah Cikgu Mohammad Bin Brahim dari SMK Muara Tuang, Sarawak manakala Cikgu Hanugaragan a/l Sathasivam dari SMK Bekok, Segamat, Johor dinobatkan sebagai Pembahas Terbaik bagi kategori BI.
Majlis Penutupan pertandingan tersebut telah disempurnakan oleh Y.Berusaha Tn. Hj. Md. Kassim bin Md. Noah (Ketua Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Johor), selaku wakil rasmi Pengarah Pelajaran Johor.
Peserta bahas Bahasa Melayu (Johor) terdiri daripada:
1. Zahir Hussain Bin Amirdin (SMK St.Joseph(B), Johor Bahru)
2. Ali Asyraf bin Mohamed (SMK Tasek Utara, Johor Bahru)
3. Mohd. Arvanee Bin Md Jani (SMK Taman Bukit Indah, Johor Bahru)
4. Rosman Bin Abd. Rahman (SMK Kota Masai, Pasir Gudang)
5. J.Vijean a/l Jeganathan (SMK Paduka Tuan, Segamat)
Pengiring:
1. Hj. Yahaya Bin Suip (Pengetua, SMK Bandar Seri Alam, Pasir Gudang)
2. Hjh. Mariam Bt Shahrom (PK HEM, SMK Taman Pelangi, Johor Bahru)
Peserta bahas Bahasa Inggeris (Johor) terdiri daripada:
1. Hayati Bt Jaafar (SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat)
2. Hanugaragan a/l Sathasivam (SMK Bekok, Segamat)
3. Terry Yap Chee Keong (SMK Dato' Bentara Dalam, Segamat)
4. Shalini a/p Baskeran (SMK Buluh Kasap, Segamat)
5. Siti Nur Atikah Bt Nazari (SK Seri Senang Hati, Pontian)
Pengiring:
1. Prasad Rao a/l Lingaiah (PPD Kulaijaya)
2. Jeyavani a/p Kanniapan (SK Temenggong Abdul Rahman, Johor Bahru)




Monday 25 April 2011

Pengarah Pelajaran Johor (1975 - 2011)

01. Dato' Hj. Omar Bin Mohd Hashim (1975-1976)


02. Dato' Hj. Idris Bin Hj. Tain (1976-1981)


 
03. Dato' Hj. Jumaat Bin Dato' Hj. Mohd Noor (1981-1984)





Thursday 21 April 2011

En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini (Timbalan Pengarah Pelajaran Johor Mulai 20 April 2011)


Selamat bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor kepada Encik Md. Hasidin Bin Hj. Zaini bermula 20 April 2011. Semoga tuan terus membawa kecemerlangan pendidikan negeri Johor ke tahap yang lebih gemilang. Seluruh warga Jabatan Pelajaran Johor, khususnya dari Sektor Pengurusan Sekolah berasa bangga dan akan sederap bersama tuan melangkah terus "Selangkah Di Hadapan" bagi mencapai Visi dan Misi Jabatan Pelajaran Johor.

Wednesday 20 April 2011

En. Mohd Nor Bin A.Ghani (Pengarah Pelajaran Johor Mulai 20 April 2011)

Selamat bertugas sebagai Pengarah Pelajaran Johor kepada Encik Mohd Nor Bin A.Ghani bermula 20 April 2011. Semoga tuan terus membawa kecemerlangan pendidikan negeri Johor ke tahap yang lebih gemilang. Seluruh warga Jabatan Pelajaran Johor berasa bangga dan akan sederap bersama tuan melangkah terus "Selangkah Di Hadapan" bagi mencapai Visi dan Misi Jabatan Pelajaran Johor.

Malam Junjungan Kasih Kalungan Budi

19 April 2011 - Jabatan Pelajaran Johor telah meraikan majlis persaraan Y.Bhg. Pengarah Pelajaran Johor, Tn. Hj. Markom bin Giran pada Malam Junjungan Kasih Kalungan Budi. Bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, majlis bermula jam 8.30 malam dan berlangsung selama 2 jam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua-ketua Sektor, KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Pengarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim dan Kampus Tun Hussein Onn, Ketua Jemaah Nazir, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai-pegawai JPNJ & PPD, Pengetua-pengetua & Guru-guru Besar, dan PUSPANITA.
 
Mengikut rekod perkhidmatan, Tn. Hj. Markom bin Giran memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat sebelum ke SMK Yong Peng. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK Paloh, Kluang dan sebagai GPK Pentadbiran di sekolah yang sama bermula 1 Mei 1993.
 
Jawatan kenaikan pangkat seterusnya yang disandang beliau ialah:
Pengetua SMK LKTP Kahang Timur, Kluang (1993-1995)
Pengetua SMK Kahang, Bt.23 Kluang (1995-2000)
Pengetua SMK Tinggi Kluang (2000-2001)
Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah, KPM (2001-2002)
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai (2002-2004)
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ (2004-2008)
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor (2008-2010)
Pengarah Pelajaran Johor (01.11.2010-19.04.2011)


Salam Persaraan buat tuan. Seluruh warga Jabatan Pelajaran Johor mendoakan agar tuan dan seisi keluarga beroleh kesejahteraan serta kebahagiaan di samping dianugerahkan kesihatan yang sempurna dan berpanjangan.

Sunday 17 April 2011

Majlis Perasmian Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail

16 April 2011 - Majlis Perasmian Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar, Kota Tinggi telah disempurnakan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor).
 
Majlis bermula jam 2.00 petang itu turut dihadiri oleh Y.B Dr. Mohd Puad bin Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran), Y.Bhg. Dr. Zahri bin Abd. Aziz (Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Sektor Operasi Pendidikan),Y.Bhg. Pn. Ee Hong (Pengarah Bahagian Sukan KPM), Y.Bhg. Tn. Hj. Markom bin Giran (Pengarah Pelajaran Johor). 
 
Pihak Jabatan Pelajaran Johor merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan majlis tersebut.Pemilihan nama Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail untuk menggantikan nama Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) adalah bersempena nama anakanda sulung Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar iaitu Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.
 

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (Tunku Mahkota Johor)
Tunku Ismail merupakan seroang putera raja yang mempunyai pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Rendah Kebangsaan St. Joseph, Johor Bahru sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia mulai tahun 1999 hingga 2002. Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademik tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
 
Dalam bidang sukan, Tunku Ismail begitu aktif dalam lapangan menunggang kuda dan sukan polo sejak kecil. Tunku Ismail juga dianugerahkan "Best in Riding" antara kadet-kadet IMA tahun 2003-2004 selain dipilih pemain Rejimen 61 Cavalry yang membawa kejayaan kepada rejimen itu memenangi beberapa piala kejohonan polo.
 
Tunku Ismail juga aktif dalam sukan bola sepak. Tunku Ismail sendiri merupakan salah seorang pemain dalam pasukan JMF United FC. Selain itu, Tunku Ismail juga telah mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan larian sejauh 3.8 kilometer dengan membawa beg galas seberat 20 kilogram dalam Larian Perdana Mahkota di Bandaraya Johor Bahru pada 12 Februari 2011.
Tunku Ismail menempa sejarah apabila menjadi rakyat dari negara luar yang pertama mengetuai pasukan tentera India pada perbarisan hari kebangsaan negara itu pada 26 Januari 2007. Dengan berpangkat kapten, Tunku Ismail mengetuai rejimen berkuda memberi tabik hormat kepada Presiden India, Dr. APJ Abdul Kalam ketika itu semasa sambutan hari kebangsaan ke-58 yang turut dihadiri tetamu khas termasuk Presiden Rusia, Vladimir Putin.