Sunday 1 April 2012

SK Tengku Mariam Johan Keseluruhan Festival Kebitaraan Akademik dan Kokurikulum 2012

31 Mac 2012 : SK Tengku Mariam, Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Johor Keseluruhan Festival Kebitaraan Akademik dan Kokurikulum 2012 Peringkat Kebangsaan yang diadakan buat kali pertama. Festival yang diadakan di sekolah berkenaan yang juga merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) itu disertai oleh 500 orang murid daripada 40 buah sekolah rendah dari lima buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pahang.


Barisan VIP : Dari Kiri PPD Batu Pahat, KS SPP, Timbalan Pengarah BPSBPSK dan Guru Besar SKTM

Tuesday 27 March 2012

Taklimat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah Kepada Ketua Sektor & Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. En. Mohd Nor Bin A. Ghani (Pengarah Pelajaran Johor) Mempengerusikan Sesi Taklimat Sektor Pengurusan Sekolah. Dua Dari Kanan: En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Taklimat Fungsi & Isu-isu Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor telah diadakan pada 26 Mac 2012 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Majlis yang berlangsung selama 3 jam tersebut dihadiri oleh Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin A. Ghani (Pengarah Pelajaran Johor), Ketua-ketua Sektor, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dan Pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Sekolah.


 Barisan Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah 

  Barisan Ketua-ketua Sektor

Tuesday 21 February 2012

Taklimat Unit Perhubungan & Pendaftaran Di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang

20 Februari 2012: Taklimat Unit Perhubungan dan Pendaftaran telah diadakan di Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Taklimat telah disampaikan oleh En. Mohd Azmi Bin Hj. Abdul Rahman dan En. Mohd Hassim Bin Sudiman yang telah menyentuh perkara-perkara berkaitan:
1. Protokol Susunan Bendera
2. Pengurusan Murid Bukan Warganegara
3. Pengurusan Permohonan Kutipan Bayaran-bayaran Tambahan Persekolahan
    Tahun 2012 
Bagi Murid Bukan Warganegara
4. Pengurusan Permohonan Lawatan Sekolah

Sepanjang taklimat tersebut, para peserta yang dihadiri oleh semua Guru Penolong Kanan (GPK) Hal Ehwal Murid sekolah-sekolah daerah Kluang diberi ruang untuk bersoal-jawab berkaitan isu-isu berbangkit mengenai tajuk taklimat. 

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai murid bukan warganegara, permohonan untuk membuat kutipan bayaran-bayaran tambahan tahun 2012 boleh dibuat mulai 13 Februari 2012 sehingga 6 Mac 2012. Permohonan yang dialamatkan kepada Pengarah Pelajaran Johor hendaklah dihantar melalui PPD masing-masing (u.p: Penolong PPD Perhubungan).
Sesi yang berlangsung selama 3 jam ini berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Majlis Penutupan Rasmi telah disempurnakan oleh Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kluang, Tn. Hj. A. Manaf Bin Muslimin.