Tuesday 31 May 2011

PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT JPNJ 2011

Cincin Permata di atas peti,
Dipakai tunang bawa ke taman;
Pembuka mata menerangi hati,
Menjadi pedoman sepanjang zaman.

Kapal nalayan membawa jamu,
Angin bertiup mengubah arah;
Tinggi penghargaan kepada jasamu,
Sama diraikan di hari bersejarah.

Terima kasih cikgu...

 Pendaftaran Kehadiran
 Pasukan Gamelan SK Bandar UDA 2
 Barisan Tetamu
 Tarian 1Malaysia Dari SK Bandar UDA 2
Barisan VIP Dan Tetamu

31 Mei 2011 - Perayaan Hari Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Johor disambut bersempena Perhimpunan Bulanan Bil.5/2011. Majlis di bawah kelolaan Sektor Pengurusan Sekolah (SPS), JPNJ diadakan di Dewan Seminar Aras 6 dan dirasmikan oleh Y.Bhg. Pengarah Pelajaran Johor, En. Mohd Nor bin A.Ghani.

Berikut ialah sinopsis Perhimpunan Bulanan Bil.5/2011 dan Perayaan Hari Guru JPNJ 2011:

PERGERAKAN DALAMAN:

En. Md Hasidin bin Hj. Zaini
Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, JPNJ sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran Johor
20 April 2011

En. Mohd Narawi bin Mohamed Ali
Pegawai Kaunselor PPD Segamat sebagai Ketua Sektor Psikologi dan Kaunseling
1 Mei 2011
 En. Md Hasidin Menerima Surat Perlantikan Sebagai Timbalan Pengarah Pelajaran
 Sambutan Ulang Tahun Kelahiran (Mei 2011)
 Barisan Warga SPS


 Warga JPNJ Hadir Ke Perhimpunan Bulanan Bil.5/2011




PERGERAKAN KELUAR:

En. Muhammad Firdaus bin Abdul Rahman
PT Unit Rekod Perkhidmatan ke PPD Kluang
25 April 2011

Pn. Azwana Diana binti Amir Hamzah
PT Unit Rekod Perkhidmatan ke PPD Kluang
25 April 2011

Cik Nabilah binti Zakariyah
PT Unit Rekod Perkhidmatan ke PPD Muar
25 April 2011

Cik Noruhainiza binti A.Hamid
PT Unit Rekod Perkhidmatan ke PPD Muar
25 April 2011

Cik Noor Ain binti Ab Aziz
PT Unit Rekod Perkhidmatan ke PPD Muar
25 April 2011
 Gimik Pelancaran Perayaan Hari Guru Peringkat JPNJ
 Pelancaran Buku "Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011"
 Penyerahan Buku "Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011" 
Kepada Pengarah Pelajaran Johor
 Ikrar Guru Diketuai Oleh Hj. Hassan Ahmad (Ketua Unit Sekolah Rendah)

AUNGERAH DAN PENGHARGAAN
A. Sekolah Kluster
1. SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian
2. SM Teknik Johor Bahru
3. SM Sains Johor, Kluang
4. SJK(T) Ladang Pamol, Kluang

B. Sekolah Amanah
1. SK Bandar UDA 2, Johor Bahru
2. SK Kampung Layau, Kota Tinggi
3. SJK(T) Kangkar Pulai, Kulaijaya
4. SMK Semenchu, Kota Tinggi
5. SMK Gelang Patah, Johor Bahru

C. Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
1. SK Convent, Muar
2. SM Sains Muar

D. Pasukan Bahas (Bahasa Inggeris)
Johan Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011
 Koir Guru Dari Daerah Kulaijaya
 Deklamasai Sajak Oleh Ustaz Azman
 Penyerahan Cek Tabung Bantuan Bencana Kepada Media Prima

Aktiviti-aktiviti Sempena Hari Guru Peringkat JPNJ 2011
1. Laman web "Ucapan Hari Guru" (01-30 Mei 2011)
2. Majlis Tahlil Hari Guru (13 Mei 2011):Surau Al-Ghazali, JPNJ
3. Senamrobik Hari Guru (25 Mei 2011): Dewan Jauhar, JPNJ
4. Derma Darah (25 Mei 2011): Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru
5. Pertandingan Deklamasi Sajak Hari Guru (30 Mei 2011)
6. Menderma Sambil Meneka (23-30 Mei 2011)
7. Pertandingan Boling Hari Guru (27 Mei 2011): Danga City Mall, Johor Bahru
8. Pertandingan Golf Hari Guru (12 Jun 2011): Palm Resort, Kulaijaya

Segmen Khas
1. Pelancaran Buku "Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011"
2. Anugerah Tokoh Kepimpinan Pendidikan (Pengurusan)

 Pasukan Gamelan Oleh Adik-adik Comel SK Bandar UDA 2
 Pasukan Koir Kulaijaya Bersama Tuan PPD (Hj. Bahrom Ali)
 Pn. Joriah Mengurus Jamuan VIP

Foto Kenangan Bersama Timbalan Ketua Sektor SPS











Thursday 26 May 2011

MAJLIS SANGGAR BUDI DAN JASA 2011

26 Mei 2011 - Jabatan Pelajaran Johor menganjurkan Majlis Sanggar Budi Dan Jasa 2011 seperti ketetapan di bawah:
26 Mei 2011 (Khamis)
9.00 Pagi - 1.00 Petang
Di Sangkar Kristal, Johor Bahru
Tema : Khidmat Cemerlang Dijunjung, Jasa Gemilang Disanjung
Perasmian Oleh Pengarah Pelajaran Johor (En. Mohd Nor Bin A.Ghani)

 
VIP : Pengarah Pelajaran Johor (Tengah)

Majlis tersebut meraikan anggota perkhidmatan pendidikan yang telah dan akan bersara sepanjang tahun 2011.



Antara Para Tetamu Yang Hadir
Bilangan Pesara Tahun 2011 adalah seperti berikut:
Jabatan Pelajaran Johor : 10 orang
Batu Pahat : 175 orang
Johor Bahru : 117 orang
Kluang : 81 orang
Kota Tinggi : 39 orang
Kulaijaya : 43 orang
Mersing : 17 orang
Muar : 147 orang
Pasir Gudang : 48 orang
Pontian : 64 orang
Segamat : 49 orang
Jumlah : 790 orang 

 Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran (Hj. Mohd Bakri Mat Diah) 
Dan Barisan Ketua Sektor

 Pengacara Majlis : Hairunizad & Syuhadah


 Tarian Zapin dan Tarian Sabah dari Kumpulan Tarian SMK Anjung Batu, Mersing

 Hj. Ramli Bin Abd. Samat (Ketua Sektor Pengurusan Akademik JPNJ)
 Hj.Mohd Basari Bin Abd. Manan (Timbalan Ketua Sektor Pendidikan Islam JPNJ)
 Pn. Fatimah Binti Kassim (Ketua Pembantu Tadbir Sektor Pengurusan Sekolah)
 Hj. Shafie Bin Mohd Shariff (PPD Batu Pahat)
 Hj. Mohd Azhar Bin Ismail (PPD Mersing)
Hj. Markom Bin Giran (Bekas Pengarah Pelajaran Johor)


Monday 23 May 2011

Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011

23 Mei 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku "Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah telah bersetuju akan melancarkan buku tersebut pada 31 Mei 2011 sempena Perhimpunan Bulanan Bil.5/2011 dan Perayaan Hari Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Johor.
Buku setebal 50 halaman akan memuatkan biografi 20 orang Pengarah Pelajaran Johor sejak 1975-2011. Sejarah Pelajaran Johor bermula sejak 1883 dan Pengarah Pelajaran Johor kini merupakan pengarah yang ke-50. 
Wajah siapakah di muka depan kulit buku tersebut?
Mengapakah Bangunan Sultan Ibrahim dipaparkan di situ?
Dapatkan buku tersebut selepas majlis pelancaran.
Design: En. Hussin Bin Kadir (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ).

Saturday 21 May 2011

MAJLIS ANUGERAH TUN FATIMAH 2011

21 Mei 2011- Johor Bahru: Majlis Anugerah Tun Fatimah (MATF) 2011 berlangsung dalam suasana yang meriah di Dewan Bestari, Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru. Majlis perasmian telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Hj. Mohd Puad Bin Zarkashi (Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia).
 
Pegawai Pengiring Y.B Dr. Mohd Puad Zarkashi

 
Menunggu Ketibaan VIP Di Pintu Masuk STF

 Cikgu Noor Azam Bersama Pasukan Pencaragam Kelolaannya

Y.B Dr. Puad Menerima Tabik Hormat Perbarisan

Penerima-penerima anugerah Tun Fatimah adalah seperti berikut:
1. Pelajar Cemerlang PMR 2010 : 129 orang
2. Pelajar Cemerlang SPM 2010
    2.1 Pelajar 9A+  : 1 orang
    2.2 Pelajar 9A    : 2 orang
    2.3 Pelajar 8A    : 50 orang
    2.4 Pelajar 7A    : 16 orang

Nyanyian Lagu Negaraku & Lagu Bangsa Johor

Barisan VIP

 Barisan Kepimpinan Pendidikan

 Ibu Bapa Pelajar Penerima Anugerah

 Pasukan Gamelan STF

ANUGERAH TUN FATIMAH 
Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2010 : ZARIEF QISTINA BINTI ZAKARIA
Pelajar Bestari 2010 : LIYANA SYAHIRAH BINTI MUHAMAD YUSOF
Puteri Sakinah 2010 : LIYANA BINTI MOH HALMI
Pelajar Terbaik Kokurikulum 2010 : NUR NADIA IZATI BINTI SHARIF

 Timbalan Pengarah Pelajaran, En. Md. Hasidin Hj. Zaini (kiri) 
bersama Prof. Dr. Hasanan Md. Noor dan Pn. Lya Rahman (Yang Dipertua PIBG)

 Anggota Pancaragam STF

 Pengetua Kanan STF, Hjh. Junaidi Santano 
bersama Prof. Dr. Hasanan (2 dari kiri)

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Y.Bhg. Tn. Haji Rosland Bin Hussein (Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan), Y.Bhg. En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini (Timbalan Pengarah Pelajaran Johor), Pn. Hjh. Junaidi Santano (Pengetua Kanan STF), dan Pn. Lya Rahman (Yang Dipertua PIBG STF).