Wednesday 20 April 2011

Malam Junjungan Kasih Kalungan Budi

19 April 2011 - Jabatan Pelajaran Johor telah meraikan majlis persaraan Y.Bhg. Pengarah Pelajaran Johor, Tn. Hj. Markom bin Giran pada Malam Junjungan Kasih Kalungan Budi. Bertempat di Hotel Grand Paragon, Johor Bahru, majlis bermula jam 8.30 malam dan berlangsung selama 2 jam.
Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Ketua-ketua Sektor, KPP Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor, Pengarah IPGM Kampus Temenggong Ibrahim dan Kampus Tun Hussein Onn, Ketua Jemaah Nazir, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Pegawai-pegawai JPNJ & PPD, Pengetua-pengetua & Guru-guru Besar, dan PUSPANITA.
 
Mengikut rekod perkhidmatan, Tn. Hj. Markom bin Giran memulakan perkhidmatan sebagai guru di SMK Dato' Bentara Luar, Batu Pahat sebelum ke SMK Yong Peng. Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM di SMK Paloh, Kluang dan sebagai GPK Pentadbiran di sekolah yang sama bermula 1 Mei 1993.
 
Jawatan kenaikan pangkat seterusnya yang disandang beliau ialah:
Pengetua SMK LKTP Kahang Timur, Kluang (1993-1995)
Pengetua SMK Kahang, Bt.23 Kluang (1995-2000)
Pengetua SMK Tinggi Kluang (2000-2001)
Ketua Penolong Pengarah (HEM) Bahagian Sekolah, KPM (2001-2002)
Pegawai Pelajaran Daerah Kulai (2002-2004)
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNJ (2004-2008)
Timbalan Pengarah Pelajaran Johor (2008-2010)
Pengarah Pelajaran Johor (01.11.2010-19.04.2011)


Salam Persaraan buat tuan. Seluruh warga Jabatan Pelajaran Johor mendoakan agar tuan dan seisi keluarga beroleh kesejahteraan serta kebahagiaan di samping dianugerahkan kesihatan yang sempurna dan berpanjangan.