Sunday 1 April 2012

SK Tengku Mariam Johan Keseluruhan Festival Kebitaraan Akademik dan Kokurikulum 2012

31 Mac 2012 : SK Tengku Mariam, Batu Pahat telah dinobatkan sebagai Johor Keseluruhan Festival Kebitaraan Akademik dan Kokurikulum 2012 Peringkat Kebangsaan yang diadakan buat kali pertama. Festival yang diadakan di sekolah berkenaan yang juga merupakan Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) itu disertai oleh 500 orang murid daripada 40 buah sekolah rendah dari lima buah negeri iaitu Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pahang.


Barisan VIP : Dari Kiri PPD Batu Pahat, KS SPP, Timbalan Pengarah BPSBPSK dan Guru Besar SKTM
Bacaan Doa Oleh Ustaz Khairul Azhar Bin Ghazali (Imam Muda Astro Oasis)
Ucapan Perasmian Oleh Tn. Hj. Md. Kassim Md. Noah ( Timbalan Pengarah BPSBPSK)

Gimik Perasmian Oleh Timbalan Pengarah BPSBPSK
Pada festival sehari itu, pelbagai pertandingan diadakan bagi menguji serta meningkatkan keupayaan murid termasuk menerusi pertandingan kuiz bahasa, pertandingan bercerita, pidato, menulis esei, mendeklamasi sajak, pertandingan mengeja, cabaran catur bistari, serta pertandingan bola baling.



Persembahan Koir Dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya

Kemenjadian Murid : Sebagai Pelayan Tetamu

Tarian Zapin Dari SJK(T) Masai

Dari Kiri : Tn. Hj. Md. Kassim Md. Noah (Timbalan Pengarah BPSBPSK), En. Mohd Zamri Sabran (KS SPP), Pn. Ruhaini Kasbi  (Guru Besar), dan En. Ab. Rahim  Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat)

Kemenjadian Murid : Pengacara Lancar Berkata-kata
SK Tengku Mariam telah mendominasi empat kategori utama pertandingan termasuk pertandingan menjeja dan cabaran catur bistari sebelum diumumkan sebagai juaran keseluruhan festival berkenaan dengan membawa pulang piala kejohanan, piala iringan serta sijil penghargaan.
Persembahan Muzik Tradisional Orang Asli Dari SK Pengkalan Tereh, Kluang

Tarian Selepas Upacara Gimik Perasmian

Antara Pegawai BPSBPSH Yang Hadir. Dari Kiri : En. Fauzi, En. Helman & En. Zaidi
Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK), Kementerian Pelajaran Malaysia, Tn. Hj. Md. Kassim Bin Md. Noah  bekata, inisiatif SK Tengku Mariam, Pejabat Pelajaran Daerah Batu Pahat dan Jabatan Pelajaran Johor menganjurkan festival berkenaan mampu melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam melahirkan murid lebih berkeyakinan dan berketerampilan.



Persembahan Bersemangat Dari SK Putri, Seremban

Persembahan Gamelan Dari SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura, Kulaijaya
“Tahniah saya ucapakan  kepada semua sekolah yang memberi peluang kepada murid-murid mereka menguji keyakinan dan keberanian dalam menyertai pelbagai pertandingan dalam festival ini dan tahniah juga kepada mereka kerana mempunyai jiwa besar untuk menerima cabaran daripada sekolah-sekolah lain. Festival ini bukan sahaja dijayakan oleh sekolah-sekolah kluster, malahan sekolah-sekolah harian biasa turu sama tidak mahu ketinggalan seperti rakan-rakan mereka di sekolah kluster” kata beliau semasa merasmikan festival tersebut.
Antara Para Jemputan Yang Hadir

Kemenjadian Murid : Pengacara Menumaramah Guru Pengiring Dari Negeri Sembilan
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, En. Mohd Zamri bin Sabran (Wakil Rasmi Pengarah Pelajaran Johor), En. Ab. Rahim Bin Lamin (Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat). Guru Besar SK Tengku Mariam, Pn. Ruhaini Binti Kasbi ketika ditemui berkata, beliau amat berbangga dengan kehadiran para jemputan, termasuklah jemputan dari luar negeri Johor.
Kemenjadian Murid : Para Pengacara Majlis 

Persembahan Nasyid Dari SK Pendidikan P.Elizebeth, Johor Bahru 
Pertandingan Cabaran Catur Bistari
         
Peserta Pertandingan Kuiz Bahasa
Pertandingan Tarian

Kemenjadian Murid : Bertindak Sebagai Jurufoto Sekolah

Antara sekolah-sekolah jemputan dari luar negeri Johor yang hadir ialah SK IJ Convent Melaka, SK Paya Rumput Melaka, SK Seliau Negeri Sembilan, SK Bukit Rokan Negeri Sembilan, SK Puteri Negeri Sembilan, SK Sri Langat Selangor, dan SK LKTP Selancar 1 Pahang. Pihak sekolah juga telah mengadakan jalinan dengan pihak luar iaitu Johor Coperation, Persekutuan Bola Baling Malaysia, Imam Muda Astro Oasis, Pejabat Kesihatan Batu Pahat, Agensi Anti Dadah Kebangsaan Batu Pahat, Putra Specialist Hospital, Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Yayasan Saad Melaka, ADTEC Batu Pahat, dan Persatuan Kecergasan Batu Pahat.

Bagi Jabatan Pelajaran Johor, ianya seiring dengan aspirasi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu sentiasa menggalakkan program seumpama ini diadakan setiap tahun bagi memacu kecemerlangan murid  dan sekolah di seluruh negara.


No comments: