Tuesday 27 March 2012

Taklimat Pengurusan Sektor Pengurusan Sekolah Kepada Ketua Sektor & Pegawai Pelajaran Daerah


Y.Bhg. En. Mohd Nor Bin A. Ghani (Pengarah Pelajaran Johor) Mempengerusikan Sesi Taklimat Sektor Pengurusan Sekolah. Dua Dari Kanan: En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Taklimat Fungsi & Isu-isu Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Johor telah diadakan pada 26 Mac 2012 di Bilik Mesyuarat Pejabat Pelajaran Daerah Kluang. Majlis yang berlangsung selama 3 jam tersebut dihadiri oleh Yang Berbahagia En. Mohd Nor Bin A. Ghani (Pengarah Pelajaran Johor), Ketua-ketua Sektor, Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor (BTPNJ) dan Pegawai-pegawai Sektor Pengurusan Sekolah.


 Barisan Pegawai-pegawai Pelajaran Daerah 

  Barisan Ketua-ketua Sektor

Dari Kiri: Pegawai Pelajaran Daerah Kluang  (Hj. A. Manaf Bin Muslimin),
PPD Batu Pahat (En. Abd. Rahim Bin Lamin) dan PPD Johor Bahru (Hj. Bahrom Bin Ali)

 Dari Kanan: Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (En. Kamarudin Bin Abu),
Pen.Pengarah Unit Menengah (En. Mohd Azmi Bin Abdul Rahman),
Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran (Hj. Mohd Bakri Bin Mat Diah) dan
Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah (En. Mohd Rosli Bin Mohd Othman)


            Sesi taklimat di ketuai oleh Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, En. Abdul Aziz Bin Hj. Redwan dan disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah, En. Kamarudin Bin Abu serta semua Ketua-ketua Unit yang terdiri daripada En. Mohd Rosli Bin Mohd Othman (Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah), En. Mohd Hanafi Bin Samad (Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah), En. Md. Yusoff Bin Mohamed (Ketua Unit Pengurusan Prasekolah), dan Tn. Hj. Mohd Bakri Bin Mat Diah (Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran).

Timbalan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah (En. Kamarudin Bin Abu)
Menyampaikan Taklimat Awal Berkaitan Fungsi Sektor Pengurusan Sekolah


            Pengisian taklimat telah membentangkan segala garis panduan dan prosedur yang terkandung dalam pengurusan di Sektor Pengurusan Sekolah. Antara lain, ia menyentuh hal-hal berkaitan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, iaitu:



Perancangan Operasi Sekolah
Penempatan dan Pendaftaran Murid
Pertukaran Murid
Penempatan Guru
Pertukaran & Penempatan; Redeployment Guru
Pengurusan Guru Interim / KGSK
Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Kewangan Sekolah Menengah
Pengurusan Aktiviti Kewangan Pendidikan
Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan
Pengurusan Pelan Penggantian Jawatan Kanan Di Sekolah
Pengurusan Operasi Tingkatan Enam
Pengurusan Operasi Pendidikan Teknik dan Vokasional
Pengurusan Projek Khas/SBP/Sekolah Kluster/Sekolah Asli/Sekolah Amanah
Penyediaan dan Pelaporan Data Operasi Sekolah
Pengurusan Pengoperasian (Pembukaan/Penutupan) Kelas/Sekolah
Pengurusan Profesionalisme Guru dan Pentadbir Sekolah
Pengurusan Perhubungan Awam





Taklimat Pengurusan Sekolah Menengah
Disampaikan Oleh En. Mohd Rosli Bin Mohd Othman (Ketua Unit Pengurusan Sekolah Menengah)

Taklimat Pengurusan Sekolah Rendah
Disampaikan Oleh En. Mohd Hanafi Bin Samad (Ketua Unit Pengurusan Sekolah Rendah)

Taklimat Pengurusan Prasekolah
Disampaikan Oleh En. Md. Yusoff Bin Mohamed (Ketua Unit Prasekolah)

Taklimat Pengurusan Perhubungan & Pendaftaran
Disampaikan Oleh Hj. Mohd Bakri Bin Mat Diah (Ketua Unit Perhubungan & Pendaftaran)

Melalui sesi taklimat ini, para peserta disampaikan berkaitan info-info terkini dengan bersandarkan kepada punca kuasa berbentuk Surat-surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Surat-surat Siaran dan dokumen-dokumen rasmi kerajaan. Taklimat diakhiri dengan sesi soal-jawab terhadap isu-isu berbangkit berkaitan pengurusan sekolah.


No comments: