Monday 23 May 2011

Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011

23 Mei 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan Buku "Persada Pengarah Pelajaran Johor 1975-2011" yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Sektor Pengurusan Sekolah telah bersetuju akan melancarkan buku tersebut pada 31 Mei 2011 sempena Perhimpunan Bulanan Bil.5/2011 dan Perayaan Hari Guru Peringkat Jabatan Pelajaran Johor.
Buku setebal 50 halaman akan memuatkan biografi 20 orang Pengarah Pelajaran Johor sejak 1975-2011. Sejarah Pelajaran Johor bermula sejak 1883 dan Pengarah Pelajaran Johor kini merupakan pengarah yang ke-50. 
Wajah siapakah di muka depan kulit buku tersebut?
Mengapakah Bangunan Sultan Ibrahim dipaparkan di situ?
Dapatkan buku tersebut selepas majlis pelancaran.
Design: En. Hussin Bin Kadir (Sektor Jaminan Kualiti JPNJ).

No comments:

Post a Comment