Saturday 21 May 2011

PERKHEMAHAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN KE-22

21 Mei 2011 - Johor Bahru : Perkhemahan Kadet Bomba Dan Penyelamat Peringkat Kebangsaan Ke-22 telah dirasmikan oleh Y.B Dr. Mohd Puad Bin Zarkashi (Timbalan Menteri  Pelajaran Malaysia). Majlis berlangsung di Hutan Bandar, Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah iaitu di Mutiara Rini Johor Bahru.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Y.A.S Dato' Wan Mohd Nor Bin Hj. Ibrahim (Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia), En. Muhamat Roli Bin Hj Hassan (Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia), En. Md. Hasidin Bin Hj. Zaini (Timbalan Pengarah Pelajaran Johor).
Perkhemahan kali ini melibatkan sejumlah 1108 orang Kadet Bomba yang terdiri daripada 496 ahli kadet lelaki, 485 ahli kadet perempuan, 86 orang guru kadet dan jurulatih bomba seramai 65 orang. Negerai Johor menghantar 72 orang Kadet Bomba.

 
Difahamkan semua negeri termasuk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan menyertai perkhemahan yang bermula pada 20 Mei 2011. Perhimpunan akan tamat pada 25 Mei 2011.
Hj. Kamaruddin Bin Mohammad Tahir, Ketua Unit Kokurikulum 
Jabatan Pelajaran Johor (kanan) sedang memerhatikan perbarisan Kadet Bomba.