Tuesday 10 May 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Johor Bil.3/2011

  
10 Mei 2011 - Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Guru Peringkat Negeri Johor Bil.3/2011 berlangsung selama 2 jam di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah Kulaijaya. Mesyuarat dipengerusikan oleh Y.Bhg. Pengarah Pelajaran Johor, En. Mohd Nor Bin A. Ghani. Perayaan Hari Guru peringkat negeri Johor dijangka akan diadakan pada 19 Mei 2011 di Dewan Putra, Bandar Putra, Kulaijaya dan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Johor.
 Antara perkara yang dimaklum dan dibincangkan ialah berkaitan:
1. Jumlah peruntukan (RM) bagi hadiah-hadiah pertandingan Bahas Guru.
2. Peruntukan cenderamata untuk Anugerah Tokoh Guru & Tokoh Kepimpinan.
3. Peruntukan cenderamata untuk pengadil-pengadil pertandingan.
4. Menentukan kuota jemputan mengikut daerah dan kategori khas.
5. Mempastikan perjalanan majlis mengikut susunan dan protokol yang betul.

Menurut Hj. Bahrom Bin Ali (Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya), daerahnya akan menampilkan sesuatu yang menarik dan boleh dijadikan kenangan setelah diberi penghargaan bagi menggalas tanggungjawab sebagai tuan rumah perayaan Hari Guru peringkat negeri bagi tahun ini.  Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah Ketua-ketua Sektor, Pegawai Pelajaran Daerah, Wakil dari Institusi Pendidikan Guru dan wakil-wakil dari kesatuan guru.